Jul 26, 2017

EID DAY 2017 & HOTEL REVIEW : PART 1

Assalamualaikum :)

Hi semua ! Apa khabar ? Hopefully korang semua sihat okay. So how's your raya guys ? I believe everything is going very well kan, Alhamdulillah. Okay jom cerita raya walaupun raya dah habis hehe ðŸ˜€

So how's my raya? Alhamdulillah tahun ni meriah sikit sebab tahun ni turn abang sulung beraya dengan keluarga Say so nephew semua memeriahkan suasana lah. Tapi family Say macam biasa, kiteorang sambut hari raya secara sederhana je semenjak nenek, atuk both side dah meninggal dunia. Jadi takada lah excited sangat nak balik kampung macam dulu because everything change kan. Dah banyak tahun jugaklah beraya dekat KL dulu then after settle the session pagi raya tu baru gerak ke kampung to visit saudara mara sekalian.

First Eid Day : Melaka




After dah settle raya-raya dekat Melaka, Say and family terus gerak ke Batu Pahat sebab raya kedua kiteorang akan beraya dekat Johor pulak. So dah jadi routine family Say every time raya ni ala-ala short vacay kami lah so dekat Batu Pahat kiteorang check in one night dekat Summit Signature Hotel.


HOTEL REVIEW : SUMMIT SIGNATURE HOTEL BATU PAHAT



Apa yang best hotel ni, korang boleh tengok sebelah hotel ni ada Summit Shopping Complex. Tapi Say tak berpeluang nak masuk dalam tu sebab kiteorang sampai hotel pun dah malam so shopping complex tu pun dah tutup. Actually hotel ni connected dengan shopping complex tu so easy lah kalau nak pi.

Yang tak best pulak ialah dia tak ada basement parking so kena parking dekat depan depan hotel tu lah which is rasa lah sikit tak selamat dia tu tapi ada yang bestnya, parking depan hotel tu banyak reserved untuk visitor hotel. So tak payah lah pening pening nak cari parking plus nak bagi sedap hati sikit, guard situ ada sorang dua lah yang jaga so insyaAllah selawat selawat lepas parking tu. Lock steering jangan lupa !


Lobby dia minimalist sangat 😆


Okay ini lah ala-ala biliknya. It was nice and simple. Bilik bersih, tandas bersih. Tapi yang tak bestnya tak ada peti ais. Sejadah pun dia tak ready tapi tanda kiblat ada, Alhamdulillah. Tapi after call room service dieorang hantar sejadah tersebut. Say and family had our breakfast dekat cafe hotel ni jugak and makanan dia simple, sedap and pedas sikit. Boleh rate makanan dia 6/10.

So far okaylah stay dekat hotel ni berpatutanlah dengan harganya. Say bagi tiga bintang untuk Summit Signature Hotel ni. Oh one more thing, hotel ni tak ada swimming pool tau so agak kecewa jugaklah my nephew menerima kenyataan itu. Tapi after pujuk dia, kiteorang cakap hotel dekat JB ada swimming pool haaa baru dia okay sikit hehe. Okay kalau nak tahu hotel mana Say stay dekat JB and how's my raya kedua at Johor ? Continue Part 2 okay.


Lots of Love,
Sayza Jazznie

No comments:

Post a Comment