Jul 26, 2017

RAYA OUTFIT

Assalamualaikum :)

Hi semua ! Say doakan semua dalam keadaan tenang dan bahagia ye sekarang,Amin 🙂 Okay this time Say nak share outfit raya Say, dari mana and dekat mana korang boleh dapatkan baju-baju macam Say ni. 

Dalam previous post, Say ada shared pasal Eid Day part 1 and 2 kan, yang tak baca lagi boleh baca dulu. Dekat post tu Say shared OOTD masa first and second Eid Day tapi Say tak mention langsung pasal baju, sebab apa ? Sebab kita boleh buat separate post haha. Okay jom first raya outfit !

MASCARPONE CRUSH BAJU KURUNG D3 (RED)
Brand : ARIANI READY TO WEAR

This baju Say beli dekat Ariani ready to wear Jakel Mall, KL. Recommend sangat pergi Ariani ready to wear dekat Jakel Mall berbanding other branch sebab yang dekat Jakel Mall selalu dia letak yang latest design laju-laju. Tak kisah lah baju apa pun. Butik dia besar, staff sangat berbudi bahasa dan yang bestnya banyak pilihan. The trick is guna member card Ariani to get discount 5%. Thank you mama 😆 *sebab dia member Ariani hehe



Inilah yang bestnya rakan-rakan, bila pergi butik korang boleh fitting and feeling feeling fitting for raya haha. Who those yang minat this kind of design boleh beli lagi sebab still available and in stock. Tapi kalau korang tak ada masa nak ke butik boleh beli online dari laman web Ariani Online.




Second raya outfit pulak, jom !

Brand : WATIE COLLECTION

Okay guys, kalau korang nak tahu Watie Collection ni baru lagi wujud dalam tahun ni. Say impress betul dengan semua design dia lawa-lawa and harga pun tak mahal sangat. Mampu milik lah orang kata. I know this brand sebab pergi MoodRepublik yang dekat PWTC tu. Dari jauh Say nampak macam cantik je and terus grab this. Kalau korang nak usha Watie Collection ni boleh pergi dekat Facebook or Instagram Watie Collection.



Watie Collection ni ada je website tapi dia akan suruh korang pergi tengok facebook and instagram dia balik hehe. Sebab dieorang kan baru lagi so mesti website semua in progress and I believe soon kita boleh shopping dekat website dia jugak. Lagi satu, Watie Collection ni dia guna medium media social sekarang ni more untuk marketing, promote kehadiran dia nak bagi tahu orang sikit-sikit pasal design yang dia ada. Jadi tak semua design yang dia ada dia akan post dekat ig or fb so kalau nak tahu design apa yang mereka ada boleh pergi butik Watie Collection sendiri dekat :

35, Jalan Plumbum P7/P, U12 Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Butik cantik, design cantik, owner pun cantik 🌸


Love the way they appreciate customers 😊 So itu sahajalah yang Say dapat share about my raya outfit. Kalau korang nak tanya apa-apa boleh comment, email or DM ig. Anything okay tak kisah. Raya pun dah habis, sekarang en route to raya haji pulak jadi semua jaga diri okay.


Lot of Love,
Sayza Jazznie


EID DAY 2017 & HOTEL REVIEW : PART 2

Assalamualaikum :) 

Hi semua ! Jom sambung cerita raya part 2 okay. Yang mana tak baca lagi cerita raya part 1 boleh baca dulu dekat sini 😊 

Baiklah, lepas breakfast, kemas-kemas dan siap-siap kiteorang pun check out Summit Signature Hotel dan terus menuju ke kampung for berhari-raya.

Second Eid Day : Johor


Family Say simple simple je raya dekat Johor ni. Usually kiteorang akan raya lima buah rumah je dekat Johor ni every year macam tu and we are DONE ✅ Usai beraya kiteorang pun gerak ke Johor Bharu. So bermulalah ala-ala short vacay hari yang kedua. Check in, Grand Bluewave Hotel.


HOTEL REVIEW : GRAND BLUEWAVE HOTEL JOHOR BHARU


Hotel ni banyak best dia daripada tak best sebab hotel ni empat ketulan bintang so boleh lah expect lebih sikit. Lokasi dia pun strategic dekat tengah bandar so senang nak gerak kemana-mana. Facilities dia pun okay. Ada basement parking and its free for visitor hotel. Ada peti ais, sejadah, wifi (tapi biasalah cinta i lagi strong), swimming pool, gym, shops etc.


Tapi biasalah mana boleh cerita yang best je. Mesti ada yang tak best dia kan hehe. Yang tak best dia ialah kiteorang dah sampai after 3pm and kiteorang book for two room but they manage to give one room at first. So near an hour jugak lah menunggu lagi satu bilik tu tapi kiteorang tak kisah pun sebab kiteorang pergi makan makan dulu dekat cafe.


Muka Say dah ketandusan make up dah tu nampak segala scars and lipstick pun ilek 😂 say Hi to mama Say 👋 Jom Say share Say makan apa.


My all time favourite, LONTONG 💛


Makan pun dah makan so inilah biliknya dah dapat dah. Everthing was nice. Bilik bersih, tandas bersih. They manage to give us connecting room so easy nak lari lari, share share tandas dan sebagainya. For food, Say rate 7/10. For this hotel I give three and half stars.


So dekat JB ni nothing much pun kiteorang pergi kalau tak pergi makan and JPO ye dak ? Jadi itu sahajalah cerita raya and hotel review yang Say boleh kongsi. Hopefully info yang sedikit ni boleh lah membantu korang okay. Anything nak tanya boleh comment, email or DM dekat ig Say okay. Will share about the raya outfit soon !



Lot of Love,
Sayza Jazznie

EID DAY 2017 & HOTEL REVIEW : PART 1

Assalamualaikum :)

Hi semua ! Apa khabar ? Hopefully korang semua sihat okay. So how's your raya guys ? I believe everything is going very well kan, Alhamdulillah. Okay jom cerita raya walaupun raya dah habis hehe ðŸ˜€

So how's my raya? Alhamdulillah tahun ni meriah sikit sebab tahun ni turn abang sulung beraya dengan keluarga Say so nephew semua memeriahkan suasana lah. Tapi family Say macam biasa, kiteorang sambut hari raya secara sederhana je semenjak nenek, atuk both side dah meninggal dunia. Jadi takada lah excited sangat nak balik kampung macam dulu because everything change kan. Dah banyak tahun jugaklah beraya dekat KL dulu then after settle the session pagi raya tu baru gerak ke kampung to visit saudara mara sekalian.

First Eid Day : Melaka




After dah settle raya-raya dekat Melaka, Say and family terus gerak ke Batu Pahat sebab raya kedua kiteorang akan beraya dekat Johor pulak. So dah jadi routine family Say every time raya ni ala-ala short vacay kami lah so dekat Batu Pahat kiteorang check in one night dekat Summit Signature Hotel.


HOTEL REVIEW : SUMMIT SIGNATURE HOTEL BATU PAHAT



Apa yang best hotel ni, korang boleh tengok sebelah hotel ni ada Summit Shopping Complex. Tapi Say tak berpeluang nak masuk dalam tu sebab kiteorang sampai hotel pun dah malam so shopping complex tu pun dah tutup. Actually hotel ni connected dengan shopping complex tu so easy lah kalau nak pi.

Yang tak best pulak ialah dia tak ada basement parking so kena parking dekat depan depan hotel tu lah which is rasa lah sikit tak selamat dia tu tapi ada yang bestnya, parking depan hotel tu banyak reserved untuk visitor hotel. So tak payah lah pening pening nak cari parking plus nak bagi sedap hati sikit, guard situ ada sorang dua lah yang jaga so insyaAllah selawat selawat lepas parking tu. Lock steering jangan lupa !


Lobby dia minimalist sangat 😆


Okay ini lah ala-ala biliknya. It was nice and simple. Bilik bersih, tandas bersih. Tapi yang tak bestnya tak ada peti ais. Sejadah pun dia tak ready tapi tanda kiblat ada, Alhamdulillah. Tapi after call room service dieorang hantar sejadah tersebut. Say and family had our breakfast dekat cafe hotel ni jugak and makanan dia simple, sedap and pedas sikit. Boleh rate makanan dia 6/10.

So far okaylah stay dekat hotel ni berpatutanlah dengan harganya. Say bagi tiga bintang untuk Summit Signature Hotel ni. Oh one more thing, hotel ni tak ada swimming pool tau so agak kecewa jugaklah my nephew menerima kenyataan itu. Tapi after pujuk dia, kiteorang cakap hotel dekat JB ada swimming pool haaa baru dia okay sikit hehe. Okay kalau nak tahu hotel mana Say stay dekat JB and how's my raya kedua at Johor ? Continue Part 2 okay.


Lots of Love,
Sayza Jazznie