Apr 14, 2013

HOW TO OVERCOME OILY SKIN / CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK =)

Assalamualaikum =)

 Hello readers yang always looking good hendaknya,semoga semua sihat-sihat selalu okay :) Story sikitlah about my face,dahulunya takadalah berminyak tapi sejak umur semakin bertambah ni tiba-tiba je ada mungkin berpunca daripada pengambilan makanan yang kurang seimbang kot jadi dengan sukacitanya minyak ni pun sukati je berminyak di muka ni. Entry ni request from my best friend, Erma yang excited nak tahu cara Sayza overcome oily skin ni. So Erma this is for you and youalls outside there =)

                        

  Sebenarnya ada banyak cara untuk mengatasi kulit berminyak ni like ikut petua orang dolu-dolu or gunakan produk-produk kecantikan but Sayza just tunjukkan cara yang mudah and bagi Sayza bahan-bahan ni senang nak dapat,senang nak buat and senanglah bagi orang yang kurang rajinnya like me.

.APPLE

1. Ambil sebiji epal,kemudian potong cube dan masukkan ke dalam pengisar or kita cakap blander.Kisar sehingga halus and make sure don't use water ye.

2. Sebelum kita nak buat anything on face ni make sure bersihkan muka youalls dari segala kekotoran,basuh muka guna cleanser dan keringkan. Kemudian epal yang siap dikisar tadi apply di seluruh muka,avoid bahagian mata ye nanti pedih susah pulak.

3. Biarkan selama 20 minit lalu bersihkan. Cara ini disarankan dilakukan seminggu sekali.

                             
TOMATO

1. Lebih kurang sama dengan method untuk apple tadi. Ambil sebiji tomato,kemudian potong cube dan kisarkan dengan blander cuma kali ni jangan biar hancur terus just hancur sikit-sikit je.

2. Macam biasa bersihkan muka anda dari sebarang kekotoran,use your cleanser dan keringkan. Kemudian apply tomato yang telah dikisar tadi ke muka,avoid bahagian mata untuk mengelakkan kepedihan.

3. Biarkan selama 15 minit lalu bersihkan. Mesti rasa segar bugar lepas basuh tu dan cara ini juga disarankan seminggu sekali.


                               

PUTIH TELUR

1. Separate white egg dan egg yolk. Yang kita perlukan hanya putih telur ye kemudian kacau-kacau putih telur itu sehingga nampak bubble. Bukan buih yang orang nak buat kuih itu,asal kita kacau-kacau nampak buih-buih itu sudah memadai.

2. Macam biasa bersihkan muka dari sebarang kekotoran,basuh guna cleanser dan keringkan. Kemudian slowly apply putih telur tadi di seluruh wajah dan avoid bahagian mata ye.

3. Biarkan selama 20 minit atau sampai dia betul-betul kering then korang basuh. Before korang basuh mesti kulit rasa tegang okay itu perkara biasa lepas basuh mesti fresh punya.

4. Cara ini disarankan seminggu 2 kali. Jangan risau takada hamis ye muka korang tu and putih telur ni adalah my fav way to overcome oily skin =)

                           

  Itulah 3 cara yang senang lagi mudah bagi Sayza untuk mengatasi kulit berminyak so far feedback orang yang buat method di atas semua berkesan dan insyaAllah tiada kesan sampingan because we use bahan organik ye tiada langsung bahan chemical. Jika kaedah ini tidak berkesan anda boleh lah guna cara alternatif yang lain. 

 Kalau macam Sayza memang sometimes takada masa nak buat so buat kadang-kadang je and memang muka pun totally tak okay lagi tapi kuantiti minyak tu dah kuranglah. So youalls bolehlah pilih satu diantara kaedah-kaedah diatas. Bila dah buat method diatas ni make sure rajin basuh muka,banyak minum air,elakkan makanan berminyak dan jangan malas remove makeup.

 Lastly,Sayza sarankan dekat youalls kalau boleh tak perlu bercakap time apply benda ni lagi elok kalau tidur while hear relaxing song mesti rasa tenang sikit then wish youalls good luck and happy trying :) Selamat mencuba ! Jaga diri. Assalamualaikum.

Sincerely,
Sayza