Nov 21, 2013

6 TIPS BELI PAKAIAN PRELOVED ONLINE =)

Assalamualaikum =)

 Salam November semua ! Sudah lama tidak menaip rasanya. Masa yang ada sekarang dimanfaatkan untuk ke maya semula.Hi Hello youalls *lambai tangan* semoga semua sihat sejahtera disamping insan tercinta ye macam biasa Sayza doakan orang yang sedang membaca ini sentiasa dirahmati oleh-NYA, Amin =)

 Baiklah, kita tidak perlu muqadimah panjang-panjang, hari ini Sayza nak share tentang "Tips Beli Pakaian Preloved Online"


 Apa itu preloved ? Okay jawapan simple yang bukan standard spm lah ye. Apa yang Sayza faham preloved ni ialah barangan terpakai. Tapi cerita harini Sayza nak ambil skop pakaian sahaja ye. Okay bahasa kasarnya preloved ni macam pakaian bundle jugaklah. But perempuan ni kan suka yang indah-indah je jadi kita panggil preloved lah okay. Hahaha sesukahati je. Tapi Sayza rasa perkataan preloved ni more digunakan di laman sosial dan yang penting sekali preloved ni MURAH !

 As we know dekat luar memang ada kedai bundle but lagi prefer preloved online sebab nampak lagi berselera hahaha =D Tapi apa pulak akan jadi kalau Malaysia ada suatu concept shop yang sama dengan UK ni.This is Preloved Boutique dekat St.Truro,UK. Sebenarnya banyak gila preloved boutique dekat UK but ni salah satu je. Hope one day ada seseorang yang akan buka kedai macam ni dekat Malaysia.









 Alright setelah lama menaip now kita start dengan tujuan yang betul. Okay kenapa Sayza share tips ni ? Supaya korang lebih behave masa beli barang preloved online ni. Bukannya tengok cantik dan murah then terus beli. Salah ! Tambahan pulak dekat lama sosial dah banyak preloved shop. So here beberapa tips yang InsyaAllah boleh membantu youalls untuk lebih berhati-hati apabila membeli preloved clothes secara online. Let's go !


1.MATERIAL/ JENIS KAIN


Material ataupun jenis kain ni ialah basic untuk sesiapa pun yang nak beli pakaian online for sure. Make sure tanya jenis material apakah tudung/baju/bag/kasut/seluar ini jika tidak dinyatakan. Jika dinyatakan,sila confirm balik dengan penjual tersebut supaya tidak berlaku salah faham sebab sometimes kita ni kurang faham dengan beberapa jenis material so tanyalah penjual tu sampai kita tahu apakah jenis material tersebut. Kalau buatnya jenis material tu jenis yang kita tak suka macam mana, buatnya dekat gambar nampak okay tapi bila dapat pulak kain jarang macam mana, rugi kan ? 

2.SIZE


Tahulah preloved murah kan mentang-mentang kau kurus, baju/seluar yang free size semua kau sapu. Tak semua free size tu size dia sama. Mintak dia ukuran,tambahan pula ni preloved. Dia ada sebab kenapa dia jual. Kalau beli baju/seluar/kasut mintak ukuran yang betul then measure dengan kita, muat ke idok. Bag pun mintak ukuran, taklah nanti dekat gambar nampak besar then bila dapat masuk ipad mini pun tak lepas. If beli tudung pun sama kena minta ukuran. Kalau dapat nanti singkat belaka macam mana, rugi kan ?

3.QUALITY


Kualiti ? Yes kualiti penting ! Even kita beli preloved je tapi hak kita as pengguna mesti nak barang kita tu still in good condition right ? Tapi kau kena sedar diri jugak. Jangan haraplah kualiti bagus sangat macam barang baru. Tapi at least barang tersebut still can use dan dalam keadaan yang baiklah kan. First,mintak penjual jujur apa masalah barang tersebut. Lace rosak sikit ke. Butang seluar tercabut ke. Tudung tu kecil sangat ke. Kasut tu ada calar ke or tali beg putus ke. Kalau takde. Alhamdulillah. Second, jenis jahitan itu penting. Sila tanya. Terutama tudung dan baju sebab kadang-kadang jenis jahitan agak kasar. Kisah benar, my friend beli tudung preloved and tudung tu koyak dekat belakang. So please tanya penjual tu please supaya youalls puas hati. Kalau tak puas hati bila dah dapat nanti nak complain pun tak guna sebab barang pun dah dapat kan.

4.PRICE/HARGA


Permainan harga ni sangat penting untuk pembeli barangan preloved. Kita mesti tahu harga pasaran dengan harga barang preloved yang kita nak beli. Kalau beza dia setakat 2,3 ringgit better kita beli yang baru je. Pasal harga ni memang kita kena pandai tengok sama ada berbaloi atau tak kalau kita beli ni. As we know kalau barang preloved ni kena murah. So kena pandai explore,make sure harga yang kita beli tu setanding dengan barang yang kita dapat. Kalau youalls pandai boleh mintak nego sikit dekat penjual tu hehe manatau kot kot ada rezeki kan. Make sure alert sikit pasal harga. Nanti kita beli harga RM 50 then tengok-tengok yang new punya harga RM 40 haaa macam mana ?

5.GAMBAR



Okay tips yang kelima ni untuk orang yang cerewet atau teliti lah sedap sikit kita dengar. Mintaklah gambar barang itu kalau kita rasa jawapan dia pasal reason untuk let go tak memuaskan atau harga yang ditawarkan tidak berpatutan. Kita sebagai pembeli ada hak okay even preloved je. You know bukan nak cakap apa yang preloved yang okay ni alhamdulillah tapi yang tak okay ni dia mencipta seribu satu macam helah yang mengkaburi mata pelanggan. Mintak dijauhkan.

6. PERJANJIAN

Tips yang terakhir ialah perjanjian yang mana jika barang yang kita dapat tak sama macam yang kita tahu dari penjual jadi kita boleh pulang balik dan wang boleh dikembalikan tapi jika penjual itu menetapkan syarat supaya setiap barangan yang dibeli is No Return. So tak boleh cakap apalah.



Jadi itulah antara 6 tips yang Sayza suka nak share dengan youalls semua about beli pakaian preloved secara online. Jadi untuk menjadi seorang pembeli yang bijak ialah kita mestilah alert. Jangan mudah tertipu dengan peniaga preloved yang tidak berhemah ni. Kalau ada pengalaman boleh share jadi orang lain pun tak adalah jadi salah satu mangsa ye dak ? Walauapa pun,barangan baru tetap menjadi pujaan hati tapi kalau dah minat dengan barang preloved nak buat macam mana kan ? Beli jelah. Alright will see you in next post. Harap berguna insyaAllah. Jaga diri semua.

Sincerely,
Sayza

Apr 14, 2013

HOW TO OVERCOME OILY SKIN / CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK =)

Assalamualaikum =)

 Hello readers yang always looking good hendaknya,semoga semua sihat-sihat selalu okay :) Story sikitlah about my face,dahulunya takadalah berminyak tapi sejak umur semakin bertambah ni tiba-tiba je ada mungkin berpunca daripada pengambilan makanan yang kurang seimbang kot jadi dengan sukacitanya minyak ni pun sukati je berminyak di muka ni. Entry ni request from my best friend, Erma yang excited nak tahu cara Sayza overcome oily skin ni. So Erma this is for you and youalls outside there =)

                        

  Sebenarnya ada banyak cara untuk mengatasi kulit berminyak ni like ikut petua orang dolu-dolu or gunakan produk-produk kecantikan but Sayza just tunjukkan cara yang mudah and bagi Sayza bahan-bahan ni senang nak dapat,senang nak buat and senanglah bagi orang yang kurang rajinnya like me.

.APPLE

1. Ambil sebiji epal,kemudian potong cube dan masukkan ke dalam pengisar or kita cakap blander.Kisar sehingga halus and make sure don't use water ye.

2. Sebelum kita nak buat anything on face ni make sure bersihkan muka youalls dari segala kekotoran,basuh muka guna cleanser dan keringkan. Kemudian epal yang siap dikisar tadi apply di seluruh muka,avoid bahagian mata ye nanti pedih susah pulak.

3. Biarkan selama 20 minit lalu bersihkan. Cara ini disarankan dilakukan seminggu sekali.

                             
TOMATO

1. Lebih kurang sama dengan method untuk apple tadi. Ambil sebiji tomato,kemudian potong cube dan kisarkan dengan blander cuma kali ni jangan biar hancur terus just hancur sikit-sikit je.

2. Macam biasa bersihkan muka anda dari sebarang kekotoran,use your cleanser dan keringkan. Kemudian apply tomato yang telah dikisar tadi ke muka,avoid bahagian mata untuk mengelakkan kepedihan.

3. Biarkan selama 15 minit lalu bersihkan. Mesti rasa segar bugar lepas basuh tu dan cara ini juga disarankan seminggu sekali.


                               

PUTIH TELUR

1. Separate white egg dan egg yolk. Yang kita perlukan hanya putih telur ye kemudian kacau-kacau putih telur itu sehingga nampak bubble. Bukan buih yang orang nak buat kuih itu,asal kita kacau-kacau nampak buih-buih itu sudah memadai.

2. Macam biasa bersihkan muka dari sebarang kekotoran,basuh guna cleanser dan keringkan. Kemudian slowly apply putih telur tadi di seluruh wajah dan avoid bahagian mata ye.

3. Biarkan selama 20 minit atau sampai dia betul-betul kering then korang basuh. Before korang basuh mesti kulit rasa tegang okay itu perkara biasa lepas basuh mesti fresh punya.

4. Cara ini disarankan seminggu 2 kali. Jangan risau takada hamis ye muka korang tu and putih telur ni adalah my fav way to overcome oily skin =)

                           

  Itulah 3 cara yang senang lagi mudah bagi Sayza untuk mengatasi kulit berminyak so far feedback orang yang buat method di atas semua berkesan dan insyaAllah tiada kesan sampingan because we use bahan organik ye tiada langsung bahan chemical. Jika kaedah ini tidak berkesan anda boleh lah guna cara alternatif yang lain. 

 Kalau macam Sayza memang sometimes takada masa nak buat so buat kadang-kadang je and memang muka pun totally tak okay lagi tapi kuantiti minyak tu dah kuranglah. So youalls bolehlah pilih satu diantara kaedah-kaedah diatas. Bila dah buat method diatas ni make sure rajin basuh muka,banyak minum air,elakkan makanan berminyak dan jangan malas remove makeup.

 Lastly,Sayza sarankan dekat youalls kalau boleh tak perlu bercakap time apply benda ni lagi elok kalau tidur while hear relaxing song mesti rasa tenang sikit then wish youalls good luck and happy trying :) Selamat mencuba ! Jaga diri. Assalamualaikum.

Sincerely,
Sayza